
Para era globalisasi yang semakin hari semakin maju, penggunaan ICT merupakan satu senario yang biasa di masyarakat kita. ICT banyak diguna dalam semua bidang, ini termasuk dalam bidang pendidikan. Penyataan ini telah dibuktikan dengan penubuhan sekolah bestari oleh kerajaan selain penggunaan internet dan peralatan IT seperti computer, LCD dalam bidang pendidikan. Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan telah mendatangkan banyak kebaikan kepada pengguna tidak kira pengajar dan pelajar.

Pertama sekali, penggunaan ICT dalam pendidikan telah mewujubkan suasana pembelajaran yang menyeronok dan menarik. Suasana yang menarik dan menyeronokkan dapat memudahkan proses pembelajaran pelajar. Sebagai contoh, penyiaran video pendidikan dapat menarik minat pelajar, membantu pelajar menumpukan perhatian dalam pembelajaran dan seterunya meningkatkan taraf prestasi pelajar.

Penggunaan ICT juga dapat membantu dalam kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap topic pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT bagi pengajar agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid. Contohnya, penyediaan sesi pengajaran dalam Power Point atau persembahan slaid olehpengajar yang menunjukkan isi-isi penting dengan jelas mudah difaham oleh pelajar berbandingkan tesk yang panjang dalam buku. Penyelipan jadual, peta minda dan gambar rajah juga menyenagkan pemahaman pelajar dalm subjek tertentu.

Seterusnya penggunaan ICT juga dapat meningkatkan kemahiran pelajar dan pengajar. Melalui penggunaan ICT dalam bidang pendidkan. Pengajar dan pelajar didedeh dengan pelbagai peralatan ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive dan lain-lain lagi. Bahan-bahan tersebut mempunyai fungsi dan cara penggunaan yang berbeza. Melalui penggunaan ICT ,pengajar dan pelajar akan menguasai teknologi-teknologi terkini, cara penggunaan dan maklumat berkaitan dengan bahan ICT.

Di samping itu, penggunaan ICT juga membantu pengajar dan pelajar menjimatkan masa, duit dan ruang. Dengan adanya internet, sesuatu maklumat yang dikehendaki dapat dicari dapat beberap saat sahaja. Pelajar dan pengajar juga tidak memerlukan kos yang banyak untuk membeli bahan rujukan kerana wujudnya E-buku dan jurnal di internet. Penyediaan bahan pembelajaran dalam Software memudahkan penyimpaan maklumat, seseorang tersebut tidak bersusah payah mencari ruang untuk menyimpan kertas kerja seperti zaman dulu.

Akhir sekali, kebaikan yang diperolehi daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah memberi peluang pembelajaran yang sama rata kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Pengajar tidak dapat menunjuk ajar kepada semua pelajar dalam kelas ayau kuliah yang luas. Dengan penggunaan ICT seperti powerpoint dan LCD, pelajar boleh memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana di beri gambaran .

Kesimpualannya, transformasi penggunaan ICT dalam bidang pendidikan telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkannegara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia. Oleh demikian, kita dikehendaki menyokong dan mendorong pihak kerajaan dalam penggunaan ICT bagi meningkatkan prestatai bidang pendidikan dalam Negara kita.
Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah amat bersesuaian dalam merealisasikan Malaysia sebagai negara maju. Pendidikan adalah satu bidang yang amat penting dalam membangunkan sahsiah masyarakat sesebuah negara. Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan amat bersesuaian dalam era milennium kini. Perkembangan para pelajar pada era ini juga memerlukan teknik pengajaran yang mampun menarik perhatian mereka. Dengan adanya penggunaan ICT dalam pendidikan para pelajar akan lebih berminat dan lebih memahami pelajaran yang diajar kepada mereka. Ini kerana penggunaan ICT mampu menarik minat para pelajar dengan teknologi moden yang boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Pihak berwajib seperti kerajaan patut menjalankan kajian dalam melaksanakan penggunaan ICT sepenuhnya dalam bidang pendidikan. Usaha murni kerajaan puan haruslah disokong oleh ibubapa dan warga pendidik dalam memastikan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan mampu memberikan kesan positif kepada semua pihak.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePada generasi Y ini, penggunaan teknologi seperti ICT amat bersesuaian dengan perkembangan minda pelajar-pelajar. Jika pengajaran ICT tidak dilaksanakan, mereka akan ketinggalan dalam arus dunia yang semakin pesat ini. Selain itu, para pendidik harus lebih kreatif dalam pengajaran dan juga kreatif untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin mencabar dari par pelajar. Para pelajar kini lebih mudah untuk mendapat apa-apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.
ReplyDelete-Kamariah Kamaludin, A127849-
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTeknologi Pendukung E-Learning-
ReplyDeleteSecara praktikalnya e-learning memerlukan bantuan teknologi. Kerana itu istilah: Computer Based Learning (CBL) iaitu pembelajaran yang sepenuhnya menggunakan komputer; dan Computer Assisted Learning (CAL) iaitu pembelajaran yang menggunakan komputer sebagai alat bantu utama.
Teknologi pembelajaran terus berkembang. Namun pada prinsipnya teknologi tersebut dapat dikelompokkan menjadi dua, iaitu: Technology based learning dan Technology based web-learning. Technology based learning ini pada prinsipnya terdiri dari Audio Information Technologies (radio, audio tape, voice mail telephone) dan Video Information Technologies (video tape, video text, video messaging). Sedangkan technology based web-learning pada dasarnya adalah Data Information Technologies (bulletin board, Internet, e-mail, tele-collaboration).
Dalam pelaksanaan pembelajaran sehari-hari, yang sering dijumpai adalah kombinasi dari teknologi yang dituliskan di atas (audio/data, video/data, audio/video). Teknologi ini juga sering di pakai pada pendidikan jarak jauh (distance education), dimasudkan agar komunikasi antara murid dan guru terjadi dengan keunggulan teknologi e-learning ini.
-NOORZA BT MAHAT (A134444)-
saya bersetuju peenggunan ICT dalam pendidikan telah memberi banyak manfaat kepade pelajar, tetapi perkara ini mungkin akan menyusahkan pengajar yang berusia tinggi. Olieh itu, pihak berkuasa pendidikan perlu mengambil prihatin dalam isu ini.
ReplyDeletehai..
ReplyDeletepenggunaan ICT dalam pendidikan telah meluas di luar negara namun negara kita masih lagi merangkak. fenomena ini tidak seharusnya berlaku dalam zaman teknologi kini. ICT dalam pendidikan banyak memberi kebaikan kepada pelajar mahupun pengajar seperti yang saudari nyatakan. oleh itu semua pihak harus berganding bahu untuk meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan di negara kita.
SITI NOR SHAFINI BT YUSUFF (A128008)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTidak dapat dinafikan bahawa penggunaan ict dalam pendidikan sememangnya mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar. Pada zaman negara Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ict semakin meluas kepada semua golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikuti rentak arus globalisasi ini. Kanak-kanak kini juga pandai menggunakan komputer. Mereka boleh menerokai perkara-perkara baru. Namun sejauh manakah ict boleh membawa manfaat kepada kanak-kanak khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ict juga boleh membawa keburukan kepada mereka. oleh itu, saya berpendapat bahawa ibu bapa harus mengawasi anak-anak supaya ict dapat digunakan dengan betul.
ReplyDeleteCHIN HERN HUI (A130444)
Sesungguhnya, penggunaan ICT dalam pendidikan telah membawa banyak faedah kepada masyarakat dan pelajar pada masa kini. Akan tetapi, bukan semua golongan masyarakat dalam malaysia menggunakan ICT dalam pendidikan dengan sepenuhnya sebagai routin harian. Selain itu, bukan semua sekolah dan universiti mempunyai alat ICT yang lengkap untuk fungsi pendidikan. Oleh itu, walaupun penggunaan ICT dalam pendidikan penting, usaha kerajaan untuk menyuntik kesedaran kepada masyarakat adalah lagi penting supaya semua golongan masyarakat guna ICT sebagai routin harian.
DeleteChuah Sun Chin (A129759)
penggunaan ICT dalam pendidikan banyak memberikan faedah bukan sahaja pelajar, malah para pengajar. dengan penggunaan ICT pengajar dapat memberikan pengajaran berkualiti kerana dengan ICT pelajar lebih tertarik untuk mengikuti berbanding cara tradisional. oleh itu, pihak kerajaan perlulah menyediakan kemudahan ICT di setiap sekolah kerana jika mahu pelajar bijak pandai perlu lah melentur buluh dari rebungnya.
ReplyDeleteSITI FATIMAHNUR BINTI JOHARI
A127834